Friday, March 12, 2004

5 pm in friday evening. my body and my soul feel very tired. probably coz i not get enough rest in this few days. pg td ada unit meeting. as usual lah. update for a week. what is already done, what is pending. hehe...ok jer. at least i can now how to priortized my work. tp sedey jugak...bila pk balik ape yg kita buat, tak de sape amik kisah. i now i not good enough to be in my department. tak pe lah. i have to be strong!! this part and parcel of life...as long as i now, i keje kerana allah s.w.t. kat mana2 pon ada la rezeki kita...lambat ngan cepat jer....:D

Wednesday, March 10, 2004

something to share...

WUDHU ITU SEHAT


"Wahai sekalian orang yang beriman, apabila kamu bangun hendak mengerjakan sholat maka basuhlah muka kamu dan tangan kamu hingga ke siku dan sapulah kepala kamu dan (basuhlah) kaki kamu hingga ke buku lali dan sekiranya kamu junub hendaklah kamu bersuci (mandi) dan sekiranya kamu sakit (tidak boleh menggunakan air) atau dalam perjalanan (musafir) atau kamu baru selesai buang air atau kamu sentuh perempuan dan kamu tidak dapat air maka hendaklah kamu bertayammum dengan tanah yang bersih, maka sapulah muka kamu dan tangan kamu dengannya."
QS. Al-Maidah : 6

Secara syar'i, wudhu ditujukan untuk menghilangkan hadas kecil
agar kita sah menjalankan ibadah, khususnya sholat. Paling kurang
lima kali dalam sehari kita melakukan wudhu, iaitu untuk menjalankan
sholat lima waktu. Meskipun demikian, kita dianjurkan untuk
berwudhu tidak hanya ketika hendak mendirikan sholat, namun juga
ketika hendak melakukan ibadah bahkan ketika hendak berpergian
dan makan.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda :
"keberkahan makanan adalah dengan wudhu sebelum dan sesudahnya"
Abu Dawud

Secara kesihatan wudhu sangat bermanfaat. Kalau diperhatikan,
anggota badan yang dibasuh ketika berwudhu adalah anggota-
anggota badan yang sering terbuka. Menurut ilmu mikrobakteriology,
1cm meter persegi dari kulit kita yang terbuka boleh dihinggapi lebih
5 juta bakteria yang bermacam-macam. Bakteria ini perkembangannya
sangat cepat dan salah satu faktor yang paling mempengaruhi
perkembangannya adalah keseimbangan pH pada kulit tubuh.
PH permukaan kulit memainkan peranan dalam melindungi tubuh dan
membatasi perkembangan kuman yang akan menimbulkan penyakit.
Ketika membasuh kulit dengan air, maka keseimbangan pH dan
kelembaban itu akan dipulihkan kembali dan diharapkan kembali
normal.

Kulit kita terdiri atas beberapa lapisan, salah satunya adalah
epidermis pada lapisan luar (yang mengadakan hubungan langsung
dengan lingkungan luar). Pada lapisan ini terdapat lapisan sel tanduk
(stratum corneum) yang selalu mengalami penggantian dan
pembuangan sel-sel kulit mati pada stratum korneum dan kadang sel-
sel kulit yang mati dan mengelupas itu akan menyumbat pori-pori yang
juga bermuara pada lapisan epidermis, perkara inilah yang dapat
menimbulkan penyakit pada kulit. Ketika berwudhu, maka air akan
membantu membuang kotoran-kotoran, sisa-sisa sel kulit mati tadi dan
mengurangkan jumlah kuman pada permukaan kulit kita.

Menurut pakar penyelidikan thrombosis di London, jika seseorang
selalu mandi atau membasuh anggota tubuhnya, maka akan
memperbaiki dan melancarkan sistem peredaran darah, air yang
mengandung elektrolit-elektrolit akan membuat pembuluh-pembuluh
darah mengalami vasodilatasi (pelebaran) sehinggga melancarkan
peredarannya. Juga yang lebih penting adalah kesan air pada tubuh
kita, iaitu meningkatkan pengeluaran sel-sel darah putih (leukosit)
yang berperanan penting dalam system pertahanan tubuh. Bahkan dari
bunyi gemerisik air dan kesejukannya, saraf-saraf tubuh yang
mengalami ketegangan akibat aktiviti sebelumnya akan mengalami
relaxation juga mengembalikan kemampuan kerja otot-otot tubuh
kita.

Ketika berwudhu, kita juga dianjurkan berkumur, bersiwak (gosok
gigi), membersihkan hidung, dan membersihkan sela-sela jari tangan
dan kaki. Rasulullah pernah mengingatkan kepada umatnya :
"Alangkah baiknya orang yang mahu menyela-nyela"
Mereka bertanya: "Siapa mereka wahai Rasulullah?"
Beliau menjawab : "Mereka adalah yang mahu menyela-nyela dalam
wudhu dan dari makanan. Dalam wudhu adalah dengan berkumur,
menghisap air hidung dan menyela-nyela jari-jemari mereka pada saat
berwudhu. Sedangkan menyela-nyela gigi adalah membersihkannya
dari bekas makanan. Sesungguhnya yang paling menjengkelkan
kedua malaikat (pencatat) adalah ketika mereka melihat bekas
makanan di sela-sela gigi mereka sedangkan mereka mendirikan
sholat"
H.R. Ahmad dari Abu Ayub

Kalau kita tahu, mulut dan hidung kita ini merupakan sarang bakteria
berbahaya. Bila kita tidak rajin membersihkannya dapat menimbulkan
berbagai macam penyakit. Bakteria-bakteria tersebut semakin subur
oleh bekas-bekas makanan yang ada di sela-sela gigi yang tidak kita
bersihkan. Penelitian pernah membuktikan bahawa 90% dari mereka
yang menderita kerosakan gigi, adalah kerana kecuaian dalam
melakukan kebersihan mulut. Penyakit yang ditimbulkan oleh bakteria
yang ada di mulut kita tidak hanya mengancam gigi dan gusi, tetapi
juga mengancam sistem pencernaan kita, ini kerana air liur yang kita
telan berasal dari mulut. Ada beberapa penyakit yang dapat
disebabkan kurang diperhatikannya kesehatan gigi dan mulut dan
kesannya adalah timbul penyakit pada organ lain, seperti sinus
atau kerosakan gigi (geraham atas).

Akhirnya, marilah kita senantiasa berwudhu dengan air yang suci dan
bersih serta dengan tata cara yang benar, apabila kita ingin
melakukan sesuatu pekerjaan. Berwudhu tidak hanya beribadah,
namun juga menjaga kesehatan kita. Rasulullah bersabda :
"Muka dan tangan kalian nanti di hari kiamat berkilauan bekas dari
berwudhu"
H.R. Muslim


Maka...perbanyakkan lah berwudhu..Semoga muka kita semakin bercahaya dgn wudhu cahaya dr wudhu yg berkesan...

Friday, March 05, 2004

it's friday evening...5.14 p.m. clock at my pc. recreational hour on friday at MDC!!! so mari kita bersenam...hehe...gerak kan jari jemari anda!!! haha...joe dah start nal main table tennis sat lg...4 me...i nak write something kat blog nih....actually bkn tak de keje, but i feel like to write something here. i got a lot of things to prepare. but nnt lah. time to rest my mind kejap. lunch td kat KFC near petronas sri serdang wit kak shereen, intan & nurin. we have a hot topics and discussion on job related as well as TDF story...i mean the true colour of TDF...biasalah kan...kat mana2 pon ada nyer hamba allah yg bernama MANUSIA...kat situ lah ada nyer cerita...manusia sebagai pelakon di pentas dunia....ALLAH S.W.T. sahaja yg menilaikan lakonan2 setiap manusia itu...beringatlah wahai kawan2... :D not mean to menyibuk, but as a fren i happy to see all my fren success wit their life here and insyallah di akhirat yg kekal abadi. AMIN....semoga kita semua tergolong dalam kalangan insan yg beriman pdNYA.

tonite i tak blk ttdi. coz i plan to go to NILAI 3 wit intan...wanna to buy something there....huhu...shopping time!!! sape nak ikut saya? JOM!!! :D


Something to share for :

kita adalah kejadian yg sempurna tetapi apa yg kita lakukan selalunya tidak sempurna.'
Pandangan mata selalu menipu,
Pandangan akal selalu tersalah,
Pandangan nafsu selalu melulu,
Dan pandangan hatilah yg hakiki,
kalau hati itu bersih..


Lahir satu tarikh tidak dapat dipinta,
Mati satu tarikh tidak dapat ditunda...
Bila mata bertemu mata akan mula rasa kasih.
Bila hati bertemu hati akan mula rasa sayang.
Tapi....bila dahi bertemu sejadah akan terasa kebesaran Allah S.W.T


Menuntut ilmu adalah taqwa,
Menyampaikan ilmu adalah ibadah,
Mengulang2 ilmu adalah zikir,
Mencari ilmu adalah jihad,
Al-Ghazali)

"Setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung tetapi akan
> hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi..."
-Imam Malik

Kalau kita berada di alam tabii yg indah, kita tdk terasa keindahannya,
bukan ertinya alam ini tdk indah, tp jiwa kitalah yg tdk indah..


Sesungguhnya mati jasad kerana roh,
Mati roh kerana tiada ilmu,
Mati ilmu kerana tiada amal
Dan mati amal kerana tiada istiqomah.
Kesedihan itu lumrah. Mengingatinya kembali mungkin tidak akan mampu menyembunyikan luka hidup tetap menilainya semula dengan mata hati berbeza mungkin mampu membuat diri meneruskan hidup dengan tabah.


Ilmu adalah teras kepada ajaran ISLAM, tanpa ilmu manusia akan terseleweng mengikut kehendak akal dan hawa nafsu sehingga akhirnya agama dijadikan mainan
Agama menjadi sendi.
Pengaruh menjadi penjaganya.
Kalau tidak bersendi runtuhlah hidup
Dan kalau tidak berpenjaganya,binasalah hayat.


Krn org yang terhormat itu,..
Kehormatannya itulah yang melarangnya berbuat jahat.
Inginkan mutiara selamilah lautan,
Inginkan bahagia tempuhilah penderitaan,
Inginkan kejayaan relailah pengorbanan..
Ketahuilah bahawa setiap kepahitan itu sebenarnya terkandung seribu
kemanisan........


"People wil forget what you said, people will forget you did, but people will never forget how you made them feel..."
Live needs sacrifice,
Sacrifice needs fight,
Fight needs courage,
Courage needs confidence,
Confidence determine success,
Success lead us to happiness...


Hidup memerlukan pengorbanan,
Pengorbanan memerlukan perjuangan,
Perjuangan memerlukan kekuatan,
Kekuatan memerlukan keyakinan,
Keyakinan menentukan kejayaan,
Kejayaan membawa kebahagiaan...


Hidup tanpa cita-cita adalah mati
Cita-cita tanpa usaha adalah mimpi
Ilmu penyuluh hati yg bersih,
Pengorbanan memerlukan usaha yg gigih,
Natijahnya kejayaan bakal diraih,
Kutuman senyuman akan tersurih,
Berkat doa kepada yang Maha Pengasih...


Diam merupakan sebuah keputusan hukum
Sebaik baik perkataan adalah yang sedikit
Namun dapat menjadi petunjuk
Keselamatan sesaorang terletak pada penjagaan lisannya
Siapa yang manis lisannya pasti akan ramai kawannya
Yang lahir dari hati adalah keikhlasan
Yang datang dari akal adalah kewarasan


Bersatulah hati dan akal
Melawan nafsu yang bakal memusnahkan
Harta yang paling indah adalah sabar
Teman yang paling akrab adalah amal
Pengawal yang paling waspada adalah diam
Bahasa yang paling manis adalah senyum
Dan ibadah yang paling indah adalah kyusuk
Malu daripada lelaki adalah baik
Tetapi daripada perempuan lebih baik
Adil bagi setiap orang adalah baik
Tetapi daripada pemerintah lebih baik
Taubat daripada pemuda adalah baik
Tetapi daripada orang tua lebih baik
Dermawan daripada orang kaya adalah baik
Tetapi daripada orang miskin lagi baik
" Tunjangkan resah mu di dada solat,
Himpunk' peritmu digenggaman doa,
Tutupi kekecewaan dgn taqwa,
Dan nilailah kesucian dirimu melalui keikhlasan hati".



still in the office...keje banyak!!! :D but tak pe2...slowly...insyallah everything will finish....dah lama tak note anything dlm blog nih...bukan aper...nothing much to write down...last week on friday, after werk g dinner wit raish, nurin, intan & azrina kat red chamber...food not bad...makan nasi goreng thai!! tat restaurant speciality in thai food, according to raish...but boleh tahan lah...mahai...:D hehe...nvm kdg2 jer...weekend nothing much...g ikea on sunday wit my sista...jalan2 cari barang kat IKEA utk umah bangi...my target to full furnish tat house withing a month..insyallah...kalau ada budget...huhu

my work, mcm biasa...nothing much...still working for my KPI...hopefully dapat achieve!!! go go go!!!! semangat nih...hahaha...on my personal side...tak de mende sgt...still tgh mencari apa2 yg patut di cari...huhu...anythings tat benefits to me!!! dunia & akhirat...insyallah...life kat bangi best!! balik hari2 masak!!! rajin sekarang...penat pon ttp masak...sbb tgh kobar2...interesting jugak tgk member2 tunjuk bakat msg2..hehe...boleh tahan lah masing2 masak...sedap!!!! mcm nie masuk bulan kedua mesti pipi yg dah tembab nie makin tembab..waaaa....TAK NAK!!!! tue ler yg payah nyer...coz i eat most when i getting stress... :-( bad habit actually...but nvm as long as i satisfied...duit pon jimat....i noticed tat!!! tenkiu hsemate!!! (RAISH, NUHA & INTAN)...kay lah, gtg...nak balik!!! :D