Pasca Pemulihan
Dah lama rasanya tidak menulis disini, bukan kerana tidak mahu tapi lantaran kesihatan yang selalu menganggu, beban kerja yang semakin lama semakin menekan, aku menjadi terlalu payah untuk mencuri sedikit masa.
Tahun 2007 akan ditinggalkan dalam tempoh masa seminggu lagi. 2008 akan datang menjengah memulakan tirai penghidupan bagi setiap makhluk Allah. 10 hari selepas sambutan 2008, buku hisab 1428H pula akan diangkat dan buku baru akan bermula. Ya. Tahun hijrah 1428 juga akan melabuhkan tirainya. Bagi diriku, hari bulan dan tahun yang berganti sudah tentu menjanjikan satu2 matlamat yang telah ku tetapkan dan meningkatkan kematangan buat diri ini. 2007 dan 1428H telah menyaksikan aku menghabiskan pengajian masterku. Syukur. 2007 dan 1428H juga banyak menguji diri ini dengan keadaan kesihatan yang selalu tidak menentu. Untuk dijadikan sejarah hidup, belum pernah seingatku aku tidak melaksanakan solat sunat hari raya, tetapi AidilAdha kali ini aku pasrah. Aku hanya mampu mendengar laungan takbir sambil terbaring menyaksikan live telecast solat sunat hari raya dr masjid negara melalui siaran TV. Diarrhea dan muntah2 yang ku alami 2 hari sebelum hari raya sangat-sangat menguji hati ini. Ia ditambah pula dengan keadaan demam yang sudah berlarutan hampir sebulan sudah lamanya. Aku tabah. Bukan tidak berikhitiar mengubat demamku, tapi sudah berbiji2 pil antibiotik ku telan. Tapi demamku masih tidak kebah sepenuhnya. Cara traditional ku cuba. Pendek kata, macam2 ubat ku telan. Tidak habis dengan demam, terkena diarrhea. Badan yang memang sudah tidak berapa kuat teruji lagi.
Dan pada hari ini, aku masih banyak berbaring daripada bangun. Walaupun diarrhea dan demam yang dah berkurang, gastrik yang sudah lama ku alami pulak makin menjadi2. Aku jadi gelisah. Makan tak kena. Tak makan lagi tak kena. Tidur malam terganggu. Ujian Allah. Aku tabah. Ya. Allah yang memberikan penyakit dan dariNYA juga penyakit akan hilang. Aku hanya mampu berdoa dan berikhitiar. Sudah jenuh dengan bermacam ubat dikelilingku tapi aku gagahkan jua demi pemulihan yang kucari. Pasca pemulihan untuk ku pada kali ini sangat lambat. Makan masa. Tapi aku sebenarnya tidak punya banyak masa. Kerja dipejabat perlu ada seseorang yang menyelesaikan nya lantaran semua rakan2 sekerja mengambil long leave. Aku perlu ke pejabat dalam keadaan diriku belum benar2 pulih.
Ya Allah, kau pulihkan la hamba mu ini dan hindari la aku dari sebarang penyakit. Aku memohon padaMU ya Allah. Amin.
Salam Aidil Adha buat saudara islam.